Ilmu
-
Petua
Petua
Mengenali Seseorang Berasaskan Tarikh Lahirnya
Saya
dapat daripada emel seorang rakan.
Wallahualam
bissawab.
Petua
tersebut:
1.
Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada
umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang
tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah
terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,
dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan
pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan
daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan
yang telah terjalin lama.
2.
Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya
perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan
dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana
perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya
ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak.
Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah
sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus
terjebak dengan sikap pesimisnya.
3.
Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar
serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang
lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan
mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab.
Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam
soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4.
Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan
yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan
mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam
soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar
partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati
dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap
orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia
memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5.
Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang
lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi
dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang
yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan
sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia
suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah
kerana dia suka bertukar-tukar
6.Tarikh
Lahir pada 6, 14 & 27
Dia
adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam
soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun
begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti
mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7.
Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia
adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun
dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.
Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau
pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8.
Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia
bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut
& bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa
rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang
baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan
yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir
tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia
seorang yang tabah dan rela berkorban.
9.
Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka
bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam
pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun
begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal
cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang
yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan
orang yang paling jahat.
10.
Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang
yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia
suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan
wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari
dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya
yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan
cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11.
Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan
mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia
tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi
sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi
sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan
terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut
untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya.
Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12.
Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya
paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya
dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia
merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka
merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang
lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi
jolokan seniman asmara.
Wallahualam.
-------Petua
tersebut tamat disini.
Muka
Depan | Ilmu | Petua |