Ilmu
-
Petua
Petua
Memilih Isteri
Wallahualam
bissawab.
Petua
tersebut:
Yang
paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah,
cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.
(
Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Mengapakah
teruna memilih gadis jelita?
Kata
orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah
begitu?
Gadis
ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan
'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita
yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis' atau 'sudah
tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah
digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan
secara berbisik-bisik.
Alam
gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah
seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada
masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam
bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada
gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang
'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh
tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang
tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri
pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak
dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan
bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi
perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung
kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah
sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan
dengan didampingi seorang muhrim.
-
Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya
teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian
barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai
lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur
dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk
perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun
'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik,
sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya
gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna
untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih
gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan
Dari Berkawan Dengannya
Dengan
merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar
untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan
dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya
nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan
sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya
permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari
terpesona dan terpedaya.
Di
atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.
( Bidalan ltali).
Lakukan
Risikan Secara Rahsia
Kecantikan
hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga
teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah
tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah
si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong
ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan
dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si
gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu
atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik,
besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan
dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun
pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak
begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih
baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik'
dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya
di depan mata.
Cari
Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya
alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.
Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah,
bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang
masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur
negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini
kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi
kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman
mungkin seumur hidup.
Wanita
jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan
Cina
Cari
Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada
zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah
menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini,
masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad,
jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk
berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya,
semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan
mengurus rumahtangga.
Cari
Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah
apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia
nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau
betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya,
dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan
anda.
Kejelitaan
wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman
Cari
Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal
ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya
dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu
lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah
'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki
tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta
belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang
tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis
itu menjadi gadis murahan.
Cari
Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada
zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya
ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan
lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap
sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah
asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat
apatah lagi agama.
Wahai
si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang
beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
Cari
Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya
zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa
cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau
dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis
adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah
dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang
mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna
kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada
wanita mahupun lelaki.
Kadangkala
lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia
Cari
Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada
empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya,
kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan
ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang
cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia
pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam
kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih
lelaki yang baik-baik pula!
Bertunang
Jangan Lama
Blia
anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera
kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya
ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat
serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh,
semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan
agar semua orang tahu.
Katakan
kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya
sepuluh kali. - Bidalan tali
Kahwini
Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal
lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan
kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya
masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan
lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak
kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya
untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih
belajar atau baru bekerja.
Seorang
gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah
berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini
gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita
seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan
bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita
jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding
suami.- Bidalan Jerman
Elakkan
Dari Terlalu Cemburu
Memang
sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman
teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu.
Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya.
Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga
kehormatannya serta taat pada agama.
Layan
Dia Dengan Baik
Walau
betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda.
Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya.
Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu
melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka
dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh
jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan
hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan
wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidatan
Tamil
Bertanggungjawab
Walau
betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya
dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita
yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang
bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.
Wallahualam.
-------Petua
tersebut tamat disini.
Muka
Depan | Ilmu | Petua |