Erman Hamid Erman Hamid

Data | Ilmu | Kuliah | Galeri| Pautan
 
 
Ilmu - Petua

Petua Mengesan Sesuatu Melalui Gerak Tubuh 
Cerita dari arwah atok.
Wallahualam bissawab.

Petua tersebut:

Orang dahulu  kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu.Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata.

Pergerakan Tubuh:
Kelopak mata kanan bergerak
Alamat:
Beroleh keamanan.

Pergerakan Tubuh:
Kelopak mata kiri bergerak
Alamat:
Sedang melihat perempuan

Pergerakan Tubuh:
Kelopak mata kiri bergerak dari atas
Alamat:
Ada org akan berjalan jauh.

Pergerakan Tubuh:
Kelopak mata kiri dibawah bergerak 
Alamat:
Hendak menangis

Pergerakan Tubuh:
Ekor mata kanan bergerak
Alamat:
Menerima kedatangan orang jauh.

Pergerakan Tubuh:
Ekor mata kiri bergerak-gerak
Alamat:
Mendapat sedikit kepayahan.

Pergerakan Tubuh:
Biji mata kanan bergerak-gerak
Alamat:
Akan menangis dalam bercinta

Pergerakan Tubuh::
Biji mata kiri bergerak-gerak 
Alamat:
Gembira dihati

Pergerakan Tubuh:
Umbun bergerak 
Alamat:
Berbahagia pada hari tersebut

Pergerakan Tubuh:
Kening kiri bergerak-gerak . 
Alamat:
Beroleh kelapangan

Pergerakan Tubuh:
Bibir bawah bergerak . 
Alamat:
Akan menangis.

Pergerakan Tubuh:
Waktu subuh kepala kita bergerak 
Alamat:
Beroleh kerja yang baik.

Pergerakan Tubuh:
Siku kanan bergerak-gerak 
Alamat:
Beroleh kebahagiaan.

Pergerakan Tubuh:
Siku kiri bergerak-gerak 
Alamat:
Org yg mengasihi kita akan datang

Pergerakan Tubuh:
Pelipis telinga bergerak 
Alamat:
Alami kebahagiaan.

Pergerakan Tubuh:
Telinga bergerak
Alamat:
Akan berkelahi.

Pergerakan Tubuh:
Kepala bergerak 
Alamat:
Ada orang menyakiti hati kita.

Pergerakan Tubuh:
Kepala bergerak ke kiri
Alamat:
Beroleh kebesaran.

Pergerakan Tubuh:
Bahu kanan bergerak-gerak
Alamat:
Harta hendak datang.

Pergerakan Tubuh:
Bahu kiri bergerah-gerak
Alamat:
Bakal berjumpa pembesar/ketua.

Pergerakan Tubuh:
Lengan kanan bergerak-gerak
Alamat:
Akan sakit kepala.

Pergerakan Tubuh:
Lengan kiri bergerak-gerak
Alamat:
Beroleh harta.

Pergerakan Tubuh:
Pipi kanan bergerak-gerak 
Alamat:
Alamat sakit mata.

Pergerakan Tubuh:
Pipi kiri bergerak-gerak 
Alamat:
Sedang bahagia.
 

 Wallahualam.

-------Petua tersebut tamat disini.
 
 

Muka Depan | Ilmu | Petua


Oleh : Erman Hamid